Sejak lebih dua dekad lalu, rakyat Malaysia seringkali diingatkan untuk memajukan diri dalam bidang teknologi kerana bidang ini mampu menggerakkan dan memajukan Malaysia sekaligus menghasilkan modal ihsan yang berdaya saing.

Saranan ini secara tidak langsung telah membuatkan anak muda memasang cita-cita serta menyahut cabaran pihak kerajaan dalam menceburkan diri dalam industri Information and Communications Technology (ICT) dalam menghasilkan perisian serta aplikasi-aplikasi yang dapat dimanfaatkan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, perkongsian daripada Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) yang tular pada hari ini dalam menyuarakan dan membangkitkan beberapa isu berkenaan projek-projek kerajaan dalam bidang ICT telah membuka mata orang ramai sekaligus mengundang pendapat di kalangan netizen.

Berdasarkan perkongsian, pihak kerajaan didakwa lebih cenderung untuk memilih syarikat asing dalam mengendali projek skala besar dalam industri ICT. Selain itu, polisi kerajaan yang sedia ada juga didapati tidak memihak kepada produk dan solusi yang mampu ditawarkan syarikat tempatan.

doc7agg9bypv6fqbgkn4r8
Sumber: Ringgit Plus

Tidak hanya membuat pendakwaan, pihak NEF turut memberi beberapa contoh dimana salah satu daripadanya adalah aplikasi MySejahtera yang merupakan aplikasi daripada pembangun KPISoft Inc dari Amerika Syarikat.

Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru-baru ini melancarkan laman web DELIMa (Digital Education Learning Initiative Malaysia) juga didakwa langsung tidak mengetengahkan kandungan digital tempatan.

Contoh ketiga yang dikongsikan adalah projek di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah MyFutureJobs oleh Perkeso dimana teknologi ini menggunakan kepakaran dari negara Belanda.

Pihak NEF turut menyuarakan pendapat dimana syarikat luar turut diberi modal yang besar manakala syarikat tempatan pula terpaksa bertarung nyawa untuk hidup serta terpaksa bersaing antara satu sama lain.

Situasi menjadi lebih sukar apabila pihak kerajaan sanggup membawa pihak luar serta menyokong tindakan mereka yang sekaligus membunuh bisnes syarikat tempatan menerusi modal yang besar.

coronatracker-site-1024×671
Sumber: VulcanPost

Tidak hanya membuat dakwaan, pihak NEF turut memberi contoh inisiatif hasil projek ICT oleh syarikat tempatan seperti CoronaTracker yang telah dibangunkan secara crowdsourcing dan sukarela tanpa sebarang imbuhan daripada pihak kerajaan.

Bukan itu sahaja, aplikasi-aplikasi lain seperti MyBanjir yang dibangunkan secara sukarela telah berjaya membantu isu banjir di Kuala Krai tidak lama dahulu manakala aplikasi Datang.My yang ditawarkan secara percuma sudah menjadi aplikasi penting untuk kegunaan sekolah dalam merekodkan kehadiran pelajar sempena era COVID-19 berlangsung.

Screen Shot 2020-07-01 at 10.01.03 PM

Berdasarkan isu yang berlaku, pihak NEF turut memberi cadangan kepada pihak kerajaan untuk menggubal sebuah dasar rasmi dalam memberi keutamaan kepada syarikat tempatan dalam menghasilkan sesebuah perisian dan aplikasi berasaskan ICT dalam usaha untuk membantu anak-anak muda tempatan yang berbakat dalam industri ini.

Sehubungan dengan itu pihak NEF turut mengumumkan pelancaran kempen #MalaysianTechFirst dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai isu ini. Menurut NEF kempen ini tidak hanya terhad kepada produk ICT malah turut mengalu-alukan persatuan serta organisasi industri lain yang mahu bersama-sama kami dalam kempen ini.

Dalam perkembangan lain, Pasar PJ Old Town pada bulan lalu telah menawarkan 1,000 kerja kosong buat warga tempatan dengan gaji RM2,000 sebuulan. Turut dikongsikan, pasangan YouTuber Jepun yang menerima hadiah ‘berharga’ dari syarikat Malaysia.

Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

Pasangan YouTuber Jepun Terima Hadiah ‘Berharga’ Dari Syarikat Malaysia