Sejak wabak COVID-19 melanda, dapat dilihat orang ramai semakin selesa untuk berbelanja dalam talian dalam memudahkan urusan harian. Malah, sudah menjadi kebiasaan pada ketika ini dimana orang ramai turut selesa untuk mendapatkan barangan basah hanya melalui pesanan.

Melihat kepada peningkatan trend pembelian dalam talian rakyat Malaysia, pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan melancarkan sebuah aplikasi e-dagang yang dinamakan sebagai Online Market.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
696701-e1598846397365
Sumber: The Star

Menurut Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kehadiran aplikasi ini dijangka dapat memberi saingan kepada aplikasi-aplikasi platform e-dagang terkemuka seperti Lazada, Shopee mahupun Alibaba melalui penawaran caj yang lebih rendah. Beliau juga cukup yakin Online Market mampu untuk menjadi antara platform terbesar di dalam negara.

Setakat ini, masih belum diketahui apakah kelebihan lain yang bakal ditawarkan pada aplikasi ini dalam usaha untuk mengubah kebiasaan orang ramai membeli-belah di Shopee dan Lazada.

Di sebalik usaha murni kerajaan untuk menawarkan platform untuk orang ramai mendapatkan barangan dengan harga yang lebih rendah, para netizen nampaknya kurang yakin dengan penghasilan aplikasi ini.

Menurut para netizen, alangkah lebih baik sekiranya pihak kerajaan membelanjakan dana sedia dalam membantu para usaha melariskan jualan pada platform sedia ada. Tidak kurang juga yang berharap agar platform yang dibangunkan ini tidak lagi menjadi projek gajah putih.

hehe

Untuk pengetahuan ini bukanlah pertama kali pihak kerajaan mahu menghasilkan platform baharu dalam usaha untuk menyaingi platform sedia ada. Pada 2011, pihak kerajaan telah menghasilkan laman 1Malaysia.com dalam usaha untuk menyaingi laman media sosial popular dunia iaitu Facebook.

Pada bulan lalu pihak FINAS telah mewajibkan kesemua penghasilan video di media sosial mendapatkan permohonan daripada pihak mereka. Usaha ini walau bagaimanapun ditarik semula selepas mendapat kecaman daripada pihak netizen.

Penghasilan Video Di Media Sosial Tidak Perlu Memohon Lesen FINAS

Syed Saddiq ‘Tegur’ Ellie Suriati Selepas Gesa Kerajaan Keluarkan Lesen Untuk Saluran YouTube

Sumber