Sebentar sahaja tadi baru sahaja berlangsung sidang media ringkas daripada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.

Taklimat yang dijalankan ini bertujuan dalam memaklumkan pihak Kerajaan Malaysia bersetuju dengan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) sebanyak RM10,000 khusus buat para pencarum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan pengumuman ini dibuat selepas mendengar dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Menerusi pengumuman, difahamkan perincian mengenai pengeluaran bakal dikongsikan dengan lebih lanjut oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia dan KWSP.

Diharapkan semoga pengeluaran ini dapat memudahkan kehidupan khususnya buat mereka yang terkesan dengan kehadiran pandemik COVID-19 yang melanda negara.

China pada minggu ini telah dikejutkan dengan peningkatan kes COVID-19 sekaligus mendesak beberapa wilayah di negara berkenaan dikenakan perintah ‘lockdown’.

Alami Peningkatan Kes, China Kembali Jalankan ‘Lockdown’ Melibatkan Hampir 30 Juta Rakyat

Pemburu Paranormal Kantoi, Kelibat Di Sebalik Pintu Rupanya Hanya Budak Sekolah