Malaysia diarahkan membayar wang pampasan AS$14.92 bilion (RM62 bilion) kepada waris keluarga Sultan Sulu oleh mahkamah timbang tara di Paris, Perancis selepas didapati melanggar perjanjian 1878. Menurut La Información, penimbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa bertanggungjawab mengeluarkan arahan tersebut Paris, dengan kerajaan Malaysia diarahkan untuk membayar sejumlah wang yang telah ditetapkan.

Difahamkan bahawa Malaysia didakwa telah melanggar perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Sultan Sulu, Baron Overbeck dan pengasas Syarikat Borneo Utara British, Alfred Dent. Perjanjian ini menetapkan sebagai pertukaran kepada mutiara, sarang burung, kayu dan sumber semula jadi lain yang terdapat di rantau ini, Malaysia diarahkan untuk mengeluarkan bayaran tahunan sebanyak RM5,300.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perjanjian itu pada dasarnya bertindak sebagai pajakan sumber asli wilayah yang kini sebahagian daripada Malaysia, tetapi milik Sepanyol pada masa itu. Tetapi, Malaysia menghentikan pembayaran pada 2013 dengan alasan bahawa wilayah di bawah perjanjian tersebut sepatutnya menjadi milik Malaysia secara sah selepas kemerdekaan pada 1957.

Menurut BFM News, Malaysia dikatakan gagal mematuhi apa yang dijanjikan pada 1878 dan menuntut resolusi bertarikh Januari 2013 hingga Januari 2044. Selain itu, penimbang tara juga memberikan tempoh tangguh kepada Malaysia untuk membuat pembayaran RM62.6 bilion dalam tempoh 3 bulan, di mana dalam tempoh itu, tiada faedah akan dimasukkan.

19 Datuk Bandar dari Selatan Filipina rancang mahu serang Sabah Februari 2022? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

19 Datuk Bandar Dari Selatan Filipina Rancang Mahu Serang Sabah Februari 2022?

Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan 10 Lelaki Bersenjata ‘Warga Filipina’ Ceroboh Lahad Datu

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia Yang Cuba Disembunyikan Oleh Hollywood Daripada Kita