Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun lalu dan dijadualkan berakhir pada 31 Ogos bakal dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Keputusan ini dibuat berikutan adanya kluster yang tidak dijangka seperti Kluster Sivagangga, Tawar dan Sala di Kedah dalam mengelakkan penularan wabak COVID-19. Selain itu, pihak kerajaan juga sedia untuk memperketatkan lagi sempadan negara dengan menghalang pelancong asing memasuki negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas mengenai kadar kompaun, pihak kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar kompuan dua atau tiga kali ganda daripada kadar kini. Dalam pada itu, akta ini masih lagi akan diperhalusi begitu juga dengan Akta 342.

Kerajaan juga sedia untuk berunding dengan pihak pembekal pelitup muka dalam memastikan orang ramai mampu mendapatkan pelitup muka dengan harga yang lebih rendah. Tabung COVID-19 yang diurus NADMA juga akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020.

Pada bulan ini kerajaan telah mewajikan pemakaian pelitup muka di tempat awam dalam usaha untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam Diwajibkan Bermula 1 Ogos

Kerajaan Filipina Dapat Kebenaran Untuk Masukkan Sabah Ke Dalam Peta