Kerajaan Malaysia menolak cadangan dari pengusaha restoran yang mahu menyediakan ruangan khas untuk perokok selepas penguatkuasaan larangan merokok di semua premis terbabit bermula 1 Januari tahun depan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata cadangan ini ada dikemukakan oleh pengusaha restoran tetapi ia tidak dapat diterima kerana pihak kerajaan perlu mengutamakan kesihatan orang ramai di tempat awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tamhah beliau terdapat pelbagai cara lagi untuk menghilangkan ketagihan merokok tetapi bukan dengan membawa cadangan seperti ini.

Sebelum ini, larangan merokok hanya dikawasan restoran yang berhawa dingin, tetapi nampaknya tahun hadapan kerajaan mahu memperluaskannya kepada semua restoran untuk semua dapat hidup dengaj sihat. Kementerian Kesihatan juga akan mengambil tindakan terhadap perokok serta pemilik restoran yang ingkar dengan arahan yang akan dilaksanakan. Masa terbaik untuk anda berhenti merokok?

Sumber