Perancang dan pengurusan bandar bukanlah tugas yang mudah. Mereka perlu mengkaji setiap lokasi dengan teliti bagi mengelak daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

Namun, di Mesir mereka telah menjalankan satu projek lebuh raya yang membangkitkan kemarahan ramai orang. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang jadikan kejadian ini sebagai bahan jenaka.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →
highway-bridge-centimeters-away-residential-area-5-5ebbda4102605__700

Bored Panda

 

Jambatan Teraet Al-Zomor yang sedang dalam pembinaan, juga dikenali sebagai Raja Salman Axis telah mendapat perhatian rakyat Mesir apabila pembinaannya begitu dekat dengan bangunan kediaman warga Mesir.

Secara perspektif, bahagian tepi jambatan lebuh raya tersebut dikatakan hanya berjarak sekitar 50 sentimeter dari bangunan kediaman. Ini bermaksud bahawa lebuh raya itu dapat dicapai dari balkoni rumah orang.

highway-bridge-centimeters-away-residential-area-4-5ebbda3f09dc8__700

Bored Panda

Selain jumlah pencemaran yang melampau jika jambatan ini siap nanti. Nasib para peniaga dan penduduk yang tinggal di bawah lebuh raya itu turut diperdebatkan. Mereka yang berada di tingkat bawah akan terkesan dengan kegelapan kerana jumlah cahaya yang masuk dihalang oleh jambatan tersebut.

Jambatan ini dilaporkan terletak di Giza Governorate, melalui Jalan Nasr El-Din di Al-Haram, Kaherah. Panjangnya 12 kilometer dan lebarnya adalah 65.5 meter. Ia dianggarkan berharga sekitar 5 bilion pound Mesir, atau hampir 317 juta dolar AS.

highway-bridge-centimeters-away-residential-area-3-5ebbda3c8de84__700

Bored Panda

Orang ramai sudah membantah pembinaan jalan raya ini. Mereka memberi alasan bahawa lebuh raya ini akan menimbulkan masalah keselamatan kepada orang ramai.

Anggota Parlimen Mohamed Fouad telah mendesak untuk mempertimbangkan semula projek pembinaan, dengan menyatakan bahawa ia tidak hanya membahayakan penduduk secara fizikal dan privasi, tetapi juga secara langsung akan mempengaruhi perniagaan yang terletak di bawah lebuh raya.

Berikut adalah laporan lain untuk anda, klik pautan di bawah untuk membaca.

Seolah Ucap Selamat Jalan, Video Mayat Melambai Tangan Dari Dalam Liang Lahad Cetus Misteri

Tahukah Anda Pada 900 Tahun Dahulu, Bulan Pernah Hilang Dari Langit?

Tempahan Tanpa Henti Hingga April 2021, Top Glove Bakal Muncul Lima Saham Teratas Bursa

Anda Mungkin Suka