Mesir memindahkan sebuah kapal milik Firaun Khufu yang berusia sekitar 4,600 tahun ke Muzium Besar Mesir (GEM). Kementerian Antikuiti Mesir mengatakan kapal itu sebelum ini berada di sebuah lubang bersebelahan ruang perkuburan kerajaan kuno Mesir. Ia diletakkan di sana sebagai simbol kepercayaan kaum Firaun bahawa kapal tersebut akan menjadi kenderaan yang membawa mereka ke alam akhirat.

Makam Firaun Khufu terletak di Piramid Cheops, salah satu piramid besar yang terletak di Kaherah. Kapal pertama milik Raja Khufu – raja Dinasti Keempat yang memerintah semasa kerajaan Mesir kuno – ini ditemui pada tahun 1954 di sudut selatan piramid tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kementerian itu menambah bahawa kapal sepanjang 42 meter dan 20 tan ini adalah “artifak organik terbesar dan tertua yang terbuat dari kayu dalam sejarah umat manusia.” Ia bakal diletakkan di GEM, muzium arkeologi yang menempatkan barang-barang antik paling perharga dalam penemuan sejarah Mesir.

Kapal yang sebelum ini diletak berhampiran Piramid Besar ini dibawa ke GEM dengan kawalan yang ketat dan menempuh 7.5 kilometer. Ia bakal menjadi salah satu barang pameran yang luar biasa apabila muzium itu dibuka kepada umum nanti.

Untuk rekod, April lalu pihak kerajaan Mesir telah memindahkan 22 jenazah tokoh penting pada zaman Firaun. Pemindahan itu dilakukan dengan upacara besar dan meriah. Mesir menaruh harapan agar serangkaian penemuan arkeologi baru-baru ini mampu untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Sebagai tanda hormat, kerajaan Egypt adakan perarakan mewah untuk 22 mumia firaun diraja. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sebagai Tanda Hormat, Kerajaan Egypt Adakan Perarakan Mewah Untuk 22 Mumia Firaun Diraja