Dalam perkembangan terbaru perubahan sistem percukaian negara dari GST kepada SST, kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengenakan cukai kepada minuman soda atau minuman ringan.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika dikenakan cukai, ianya dapat mengurangkan penggunaan gula di kalangan rakyat disamping dapat mencegah penyakit kencing manis yang semakin tinggi di Malaysia.

“Kami mendapati terdapat sesetengah orang mengambil enam hingga tujuh botol minuman ringan sehari yang mana ia tidak diperlukan,” kata Tun Mahathir kepada Harian Metro.

Adakah langkah mengenakan cukai kepada air soda langkah terbaik untuk mengurangkan masalah kencing manis di kalangan rakyat Malaysia? Apa pendapat nada?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group