Bermula 10 Jun yang lalu, Malaysia telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bermulanya fasa ini bermakna tiada lagi sekatan antara negeri sekaligus membolehkan orang ramai merentas negeri tanpa sebarang masalah. Berlangsungnya PKPP ini juga turut melihat sektor ekonomi semakin rancak.

Di sebalik berlangsungnya PKPP, dapat dilihat orang ramai semakin tidak serius mengikuti SOP yang ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung turut mengundang kepada wujudnya 13 kluster baharu sepanjang PKPP berlangsung.

Malaysia China Outbreak

Sumber: malaysia dateline

Dalam usaha untuk mengelakkan berlakunya pertambahan kluster serta peningkatan kes COVID-19 sehingga dua digit, pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam. Sesiapa yang ingkar arahan kuarantin juga bakal ditangkap dan berkemungkinan akan dikenakan denda yang lebih tinggi.

Selain itu, setiap ketua keluarga perlu bertanggungjawab dalam memastikan setiap ahli keluarga dalam keadaan selamat serta terhindar daripada risiko penyebaran wabak COVID-19.

Diharap orang ramai dapat mengikuti SOP serta mengikut saranan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sehingga rantaian COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.

Sebelum ini WHO turut menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka di tempat awam dalam mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

WHO Nasihatkan Orang Ramai Agar Memakai Topeng Muka Di Tempat Awam

COVID-19 Mampu Tersebar Melalui Pernafasan, WHO Galakan Orang Ramai Memakai Topeng Muka

Anda Mungkin Suka