Rentetan isu kesultanan Johor yang mengatakan bahawa kerajaan baharu menggunakan peralatan khas untuk mengintip dan mengumpul data rakyat Malaysia, akhirnya kerajaan Malaysia telah membuat kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa keluarga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut diintip dan ‘diperhatikan’ menggunakan teknologi Israel. “Tiada arahan sebegitu keluar daripada Kerajaan Malaysia, kepimpinan kerajaan atau mana-mana pihak termasuk kepimpinan Pakatan Harapan (PH),” kata Mohd Azis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kerajaan menafikan dan jika benar Tunku Mahkota Johor ada maklumat perkara tersebut, kami minta beliau maklumkan kepada kami,” tambahnya.

Sebelum ini Tunku Ismail membuat dakwaan bahawa kerajaan sedang memantau beliau serta Sultan Johor menggunakan peranti khas buatan Israel. Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata tiada sebarang laporan mengenai isu ini diterima pihaknya setakat jam 8 malam tadi.

Sumber