Fenomena kepala air dan kejadian banjir kilat telah melanda beberapa kawasan di Kedah. Antara kawasan yang terjejas adalah Hutan Simpan Gunung Jerai yang menyaksikan fenomena kepala air. Sejak itu, Berita Harian melaporkan tiga kakitangan Jerai Hill Resort, terselamat manakala seorang lagi masih hilang selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai.

Dalam satu kenyataan oleh kerajaan negeri, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa tiada sebarang aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai. Ini kerana kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan. Kejadian banjir kilat yang berlaku di Hutan Simpan Gunung Jerai adalah disebabkan fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sebagaimana sedia maklum, berlaku musibah banjir kilat petang tadi di kawasan persekitaran Hutan Simpan Gunung Jerai. Untuk makluman, tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian banjir kilat ini telah menyebabkan pokok sekitar hutan simpan turut dibawa arus deras sehingga ke sungai. Ia turut mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk kampung yang terletak di sekitar kaki gunung di Yan dan Merbok. Setakat ini, lebih 20 rumah penduduk dilaporkan rosak.

Seperti berada di Jepun, keindahan ‘Bunga Sakura’ kembali warnai Kedah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Seperti Berada Di Jepun, Keindahan ‘Bunga Sakura’ Kembali Warnai Kedah

Penemuan Kapal Berusia 2,000 Tahun Di Kedah Bukti Kerancakan Industri Besi Melayu Purba