Tular baru-baru ini apabila dikongsikan di media sosial mengenai pesakit kes positif COVID-19 di Pahang ditempatkan di hotel yang sememangnya popular di Genting Highlands iaitu First World. Penularan berita tersebut secara tidak langsung membuatkan orang ramai takut serta memilih untuk tidak menginap di hotel berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang menerusi page Facebook rasmi mereka pada hari ini telah mengumumkan perkongsian mesej yang tular di mana pesakit COVID-19 ditempatkan di hotel berkenaan adalah dakwaan palsu malahan semua individu yang didapati positif dihantar ke pusat kuarantin ditetapkan dan bukannya ke Hotel First World.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam erti kata lain, tidak timbul isu di mana para pesakit diletakkan di Hotel First World. Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata pihak polis telah lama berada di kawasan berkenaan bagi mengawal dan melakukan pemantauan susulan penularan kes COVID-19.

Kawalan ketat turut dijalankan selepas beberapa kawasan di Genting Highlands dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Dilaporkan warga asing sanggup merentas negeri jumpa kawan di Genting Highlands antara yang menjadi punca kluster Genting.

Warga Asing Rentas Negeri Jumpa Kawan Di Genting Hinglands Jadi Punca Kluster Genting

Tular Warga Asing Bergelut Dengan Polis, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Sebelum Kejadian