Kerajaan Negeri Pulau Pinang mungkin mengenakan caj ke atas kenderaan yang bukan berdaftar di negeri ini bagi mengelakkan kesesakan.

Cadangan ini dibuat oleh Adun Kebun Bunga (PKR), Jason Ong Khan Lee ia sebagai langkah-langkah menurunkan bilangan kenderaan yang memasuki Pulau Pinang dan sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas. Menurut beliau lagi, Pulau Pinang kini dibanjiri dengan lebih satu juta kenderaan berbanding 10 tahun lalu, iaitu hanya 300,000 kenderaan di jalan raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenyataan Jason itu dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan pembahasan rang undang-undang perbekalan dan usul anggaran pembangunan 2019 Pulau Pinang, semalam.

Walaubagaimanapun ia masih lagi dalam peringkat cadangan, kerana pihak kerajaan negeri perlu banyak mengkaji sebelum melaksanakan caj ini.

Sumber