Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Menerusi peredaran teknologi kini, majoriti kita lebih selesa dengan penggunaan digital dalam pelbagai urusan termasuklah pembayaran atau pun pengesahan dos vaksin. Malah, kerajaan juga giat memperkenalkan servis digital melibatkan sejumlah besar badan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, kerajaan Selangor telah membentangkan Belanjawan Selangor 2023 sekaligus memperlihatkan sejumlah inisiatif yang menarik buat rakyatnya. Salah satu inisiatif menarik yang bakal dilaksanakan adalah ID Digital.

Sumber Gambar: Youtube

ID Digital Selangor ini akan digunakan untuk mengakses pelbagai perkhidmatan  awam kerajaan negeri Selangor menerusi  satu ID digital sahaja. Jadi, pengguna boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan awam di bawah Kerajaan Negeri tanpa perlu mendaftar ID Digital yang berbeza pada setiap masa.

Identiti digital ini bakal menjadi usaha pertama dalam memastikan Selangor terus maju selaras dengan peredaran teknologi terkini. Malah, setiap urusan akan beroperasi lebih cekap dan lancar menjelang 2025 kelak.

Pelaksanaan sistem identiti digital ini dijangka bakal dimulakan pada tahun 2023 kelak. Ini merupakan langkah yang baik kerana sudah pasti dapat memudahkan urusan seharian dengan menggunakan satu sistem identiti sahaja.