Baru-baru ini kecoh apabila Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen difahamkan berada di New Zealand untuk bercuti selama 55 hari bagi tujuan mengunjungi anak dan isterinya yang mempunyai masalah kesihatan.

Sejak itu, Dato’ Sri Dr. Santhara, juga dikenali sebagai Edmund Santhara Kumar Ramanaidu telah menerima kecaman dari rakyat Malaysia apabila dia bercuti lama ke luar negara sedangkan kebanyakan rakyat tidak dibenarkan untuk keluar negara untuk melawat keluarga mereka.

Tidak hanya Edmund, melalui laporan Stuff, difahamkan bahawa kerajaan New Zealand juga turut terkena tempiasnya sekali apabila diasak dengan pelbagai soalan, terutamanya adalah bagaimana Edmund dibenarkan masuk ke negara terbabit.

Chris Bishop, jurucakap National Party mempersoal kerajaan New Zealand adakah wujud layanan istimewa kepada Edmund dan bagaimana dia mendapat tempat di dalam sistem pengasingan dan karantina (MIQ) yang dikendalikan oleh kerajaan New Zealand?

Dalam satu kenyataan daripada Kementerian Perniagaan, Inovasi dan Pekerjaan – yang mengawasi kemudahan MIQ, mereka berkata bahawa disebabkan status maklumat tersebut adalah privasi, pihak kementerian tidak dapat mendedahkan maklumat berkenaan.

Manakala Jabatan Imigresen New Zealand dalam kenyataan turut berkata hal yang sama di mana segala maklumat terperinci tidak dapat didedahkan dan Bishop memandang alasan privasi sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

Bishop mendakwa bahawa rakyat New Zealand layak untuk mengetahui jawapan berkenaan isu ini kerana ada sebahagian daripada mereka yang terkandas dan sedang berusaha untuk kembali ke negara terbabit. Termasuk beberapa kes di mana mereka mahu pulang ke New Zealand untuk melihat ahli keluarga mereka.

Tambahnya lagi, persoalan yang sebenar adalah bagaimana Edmund dibenarkan masuk ke MIQ kerana jumlah yang disediakan adalah sangat terhad dan orang akan melihat ini sebagai layanan istimewa dari kerajaan jika benar wujudnya hak khusus yang diberikan kepadanya.

Difahamkan media New Zealand turut berkunjung ke rumah yang diduduki oleh Edmund ketika berada di New Zealand. Melalui siasatan media di sana, rumah itu berada di Auckland Epsom dan dimiliki oleh isterinya, Carline D’Cruz.

Ketika media cuba mendapat respon daripada wanita yang mendiami rumah itu, dia berkata bahawa tidak berminat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan isu terbabit.

Hanya kerana 3 kes COVID-19, New Zealand dikenakan perintah ‘lockdown’ selama tiga hari. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hanya Kerana 3 Kes COVID-19, Perdana Menteri New Zealand Arahkan ‘Lockdown’ Selama Tiga Hari

Keadaan Kembali Seperti ‘Pre-COVID’, Pemuda Ini Kongsi Keadaan Semasa Di New Zealand

New Zealand ‘Lockdown’ Kembali Bandar Auckland Selepas Bebas COVID-19 Selama 102 Hari

Sumber