Beberapa selepas diumumkan, nampaknya pihak kerajaan telahpun menerima sambut baik daripada pihak yang berminat untuk menaja kempen piala dunia yang bakal ditayangkan di RTM.

Difahamkan syarikat yang masih lagi belum diumumkan ini bersedia untuk menaja sebanyak RM15 juta sepanjang berlangsungnya kempen piala dunia ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gobing-Singh-Deo

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo turut menepis spekulasi yang disebutkan sebelum ini dimana peruntukan kos penyiaran Piala Dunia 2018 cuma melibatkan RM30 juta dan bukannya RM40 juta seperti yang diumumkan sebelum ini.

Penyiaran ini sekaligus bakal membolehkan mereka yang tidak melanggan siaran berbayar untuk menonton pertandingan yang berlangsung setiap empat tahun ini dengan percuma. Diharap lebih banyak lagi tajaan yang bakal diterima menjelang hari pembukaan piala dunia ini.

Sumber