Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres atas permintaan dan desakan yang kuat daripada pengusaha bas ekspres.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, kali terakhir kenaikan tambang bas ekspres dibuat ialah pada tahun 2009. Sekiranya perkara ini dipersetujui pihak Jemaah Menteri, kerajaan akan memastikan peningkatan tambang adalah pada kadar yang munasabah untuk membantu pengusaha bas ekspres menampung peningkatan kos operasi tanpa membebankan pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kamarudin berkata, kenaikan kadar tambang dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan bas ekspres, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya. Namun dalam pada masa yang sama, beliau juga harus membuat penilaian secara teliti sebelum membuat sebarang keputusan.

Permintaan para pengusaha bas yang menggesa kerajaan untuk menaikkan tambang antara 10% sehingga 30% bagi menampung kos operasi yang semakin tinggi masih lagi dalam pertimbangan kerajaan Malaysia dan perlu mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat.

Sumber