Kerajaan dilaporkan dalam perancangan memperkenalkan rangkaian 5G kedua bermula tahun depan. Ini merupakan rombakan dasar terbaharu yang bertujuan mahu memecah monopoli dan menggalakkan persaingan sihat.

Memetik sumber daripada Reuters, kerajaan pertimbang untuk memperkenalkan rangkaian 5G kedua mulai Januari 2024 yang mana memberi persaingan kepada Digital Nasional Berhad (DNB). Kita sedia maklum DNB merupakan satu-satunya penyedia infrastruktur rangkaian 5G buat masa ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: DNB

Namun begitu, perkara itu dikatakan masih dalam penilaian dan belum ada keputusan mengenainya dibuat. Malah, kertas cadangan berkaitan rancangan berkenaan dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Rabu ini.

Rancangan rangkaian kedua itu akan menjadi pelan kontingensi kepada DNB dan operator telekomunikasi lain bagi memastikan liputan rangkaian 5G mencapai sasaran kerajaan iaitu 80% kawasan berpenduduk menjelang tahun ini.

Perkembangan yang dikongsikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital sebelum ini memperlihatkan peratus liputan  rangkaian 5G di Malaysia sudah mencapai 55% di kawasan berpenduduk setakat bulan Mac ini.