Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sedang mempertimbangkan pelaksanaan semula projek Transit Rel Ringan (LRT) di Sarawak terutamanya di Kuching dan Kota Samarahan.

Beliau menjelaskan berkaitan penangguhan yang dilakukan sebelum ini adalah disebabkan pihak mereka mendapat bantahan daripada pihak tertentu namun ini mereka mahu meneruskan kembali projek yang ditangguhkan itu dan akan mempertimbangkan perlaksanaan projek itu jika keperluan meningkat.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Projek ini akan diteruskan kembali dek kerana kesesakan lalu lintas terutama sekali di Kota Samarahan menjadi semakin teruk apabila pekerja terpaksa keluar rumah seawal jam 5.30 pagi dan tiba di tempat kerja pada jam 8 pagi meskipun jarak rumah ke tempat kerja tidak terlalu jauh.

Justeru itu, berikutan peredaran kemajuan teknologi dan pengangkutan di negara ini yang telah penyumbang utama kepada pencemaran udara di kawasan bandar dan bandar raya, perkhidmatan LRT adalah pilihan yang untuk mengurangkan pencemaran udara disebabkan LRT menggunakan bahan api hydrogen, kenderaan bermotor elektrik dan kenderaan biofuel di mana ianya tidak banyak memberi kesan kepada punca pencemaran udara yang berlaku di negara ini.