Kerajaan Arab Saudi telah berkongsi gambar dengan resolusi tinggi Hajar Aswad (Batu Hitam suci Ka’aba) yang diambil oleh Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain melalui teknologi Focus Stack Panorama.

Menurut seorang pegawai Saudi, gambar batu suci ini mencapai sehingga 49,000 megapiksel dan memerlukan 50 jam untuk memproses 1,050 gambar. Batu suci ini terletak di sudut timur Ka’aba, ia berbentuk bujur dan berukuran 30cm.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

348616_8821598_updates

Sifat ilmiah Hajar Aswad telah banyak diperdebatkan. Batu tersebut disebut sebagai batu dari syurga, batu akik, batuan semula jadi atau yang paling popular adalah meteorit.

Bagi kaum muslim, batu ini dipercayai datang daripada syurga. Ia dibawa dari syurga oleh Malaikat Jibril atas perintah Allah. Pada masa itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS untuk membina tempat ibadat pertama di dunia.

Di bumi, Malaikat Jibril memberikan batu itu kepada Nabi Ismail AS dan ia diletakkan oleh Nabi Ibrahim AS di sudut timur laut Ka’bah. Ia kini dinilai sebagai batu paling berharga di dunia kerana berasal dari syurga.

Bagi sebahagian ahli sejarah barat, mereka lebih percaya bahawa batu ini berasal dari meteorit.Ā  Tetapi teori ini masih dipertimbangkan kerana banyak usaha telah dilakukan untuk mengkaji asal usul batu tersebut, namun hasil akhir kajian tidak dapat disimpulkan kerana batasan budaya dan agama.

348616_2203207_updates

Untuk rekod, Hajar Aswad sebenarnya berwarna putih. Namun disebabkan oleh dosa manusia, batu ini sudah bertukar menjadi hitam. Ia sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidhi, “Batu hitam turun dari surga dan batu itu lebih putih daripada susu, tetapi dosa anak-anak Adam menjadikannya hitam.”

Ini rahsia mengapa air zamzam tidak pernah kering selama 40 abad. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Rahsia Mengapa Air Zamzam Tidak Pernah Kering Selama 40 Abad

Siapakah Lelaki Di Sebalik Pembinaan Royal Clock Tower, Makkah? Beliau Seorang Melayu Malaysia