Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas telah menjanjikan untuk menghapus bayaran tol secara berperingkat. Terbaharu menteri Kerja Raya, Baru Bian menyatakan bahawa kerajaan baharu kini sedang mengkaji operasi bayaran tol di seluruh Malaysia. Hasil kajian bakal diumumkan menjelang hujung tahun nanti.

Menurut Baru Bian, isu kutipan tol ini memang sangat sensitif dan begitu rapat dalam kalangan rakyat oleh itu kajian ini memerlukan masa yang agak lama untuk mengkaji dari segala aspek. Tambahnya lagi kos pemansuhan tol menelan belanja yang agak besar kepada kerajaan, iaitu sebanyak RM400 bilion untuk memansuhkan kesemua tol dalam satu masa.

Tambahnya lagi, kerajaan turut perlu mengambil kira kepentingan KWSP sebagai salah satu pemegang saham PLUS Malaysia Bhd dan proses ini nampaknya lebih rumit daripada yang disangka.

Pihak kerajaan tidak boleh membuat keputusan terburu-buru walaupun dalam manifesto GE14 Pakatan Harapan menerangkan dengan jelas bahawa kerajaan baharu akan menghapuskan tol secara berperingkat. Harapnya mekanisme baharu ini dapat mengurangkan beban rakyat.

Sumber