Kecoh sejak beberapa hari terakhir ini apabila pihak kerajaan dikatakan bercadang untuk menghapus pelepasan cukai pendapatan individu untuk sehingga RM8,000 bagi simpanan SSPN.

Cadangan yang dibuat telah mendapat pelbagai respon di kalangan orang ramai di mana terdapat individu yang bersetuju dan terdapat juga yang sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan sehingga tahun 2024.

Pelepasan cukai ini sekaligus bakal memberi peluang kepada golongan M40 dan T20 untuk membuat simpanan dalam SSPN buat anak-anak yang sekaligus dapat mengurangkan bayaran cukai.