Singapura mencatatkan angka kedua tertinggi selepas China dalam penularan wabak coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 dengan 77 mangsa telah dikenalpasti.

Ini bermakna jiran kita adalah negara pertama di Asia Tenggara yang paling teruk terjejas akibat wabak yang berasal dari Wuhan, China ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kesannya dapat dilihat apabila kebanyakkan rakyat mereka sudah mula panik, mereka telah menyerbu ke kedai-kedai untuk membeli bahan makanan, manakala beberapa kelompok opportunist mula menjalankan tugas mereka – topeng muka dijual pada harga yang sangat mahal.

Namun dalam keadaan kucar kacir, Kementerian Pendidikan Singapura telah mengambil langkah aktif dengan mendidikan pelajar-pelajar sekolah langkah untuk berjaga-jaga.

Bertambah menarik apabila langkah itu dilancarkan dalam bentuk video muzikal yang bertajuk ‘Bye Bye Virus’ yang dianggotai oleh Soaper 5 – watak sekumpulan hero – pada 14 Februari, jumaat lalu. Skuad Soaper dilengkapi dengan logo pasukan superhero dan senjata termasuk sabun tangan, kain lap, dan topeng muka.

Di dalam muzik video ini juga terdapat beberapa gerakan tarian yang mudah untuk diikuti mencerminkan lirik lagu yang juga cukup mudah untuk diingat. Malah Menteri Pendidikan sendiri telah turun padang untuk menyertai tarian tersebut semasa membuat lawatan sekolah.

Video muzik “Bye Bye Virus” mengingatkan kembali kepada video yang sama mengenai SARS, wabak yang hampir dua dekad lalu membunuh 33 orang di Singapura pada tahun 2003.

Phua Chu Kang, pelawak yang terkenal di Singapura dan Malaysia telah memuat naik muzik Video SAR-vivor Rap yang telah berjaya menarik tumpuan warga Singapura dalam betapa pentingnya menjaga diri.

Berikut adalah cerita lain mengenai coronavirus, klik pautan di bawah untuk membaca.

Coronavirus Cetus ‘Panic Buying’ Di Hong Kong, Tisu Tandas Bernilai Lebih RM500 Dirompak

Coronavirus Sudah Diramal Terjadi Sejak 39 Tahun Yang Lalu?

Senator Amerika Syarikat Dakwa Wabak Coronavirus Berasal Dari Makmal Di China