Umum mengetahui jika sebelum ini pengguna talian prabayar hanya akan menerima kredit RM9.43 untuk setiap tambah nilai RM10 disebabkan oleh caj SST 6%.

Menurut kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pihak kerajaan akan menilai semula perkara tersebut dan percaya bahawa pengguna berhak untuk mendapatkan RM10 penuh untuk setiap tambah nilai RM10. Untuk melaksanakan perkara tersebut, pihak kerajaan percaya cukai SST sepatutnya hanya dikenakan kepada syarikat telekomunikasi dan bukannya pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tentu sekali pengguna talian prabayar mengharapkan khabar yang baik dalam masa yang terdekat berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan.