Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata kerajaan terutamanya agensi penguatkuasa di bawah KDN tidak patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Baginya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar pematuhan SOP dititikberatkan setelah kerajaan memberikan banyak kelonggaran.

Memetik laporan The Edge, Hamzah berkata bahawa KDN mempunyai fungsi yang lebih besar daripada menjaga SOP. “Saya mewakili KDN yang bertanggungjawab terhadap pematuhan SOP, kerja kami bukan hanya jaga SOP tapi kami nak juga lihat dari segi kehidupan agar ia benar-benar seimbang. Kalau kami hanya kerja nak sekat orang, kesalahan tak ikut SOP, itu sesuatu yang amat kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Biarlah kita mempunyai strategi yang lain menjaga sempadan, jaga tempat pintu masuk, jaga mereka yang cuba ceroboh bawa dadah dan sebagainya, begitu juga mereka yang cuba Yan hari ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga tidak harus dipersalahkan jika ada mana-mana pihak yang gagal mematuhi SOP. Dia berkata bahawa jika kegagalan mematuhi SOP berlaku di kilang atau tempat kerja, yang sepatutnya dipersalahkan adalah pihak pengurusan bukannya kerajaan.

“Saya bagi contoh, kalau kilang dibenarkan beroperasi, siapa yang sepatutnya menjaga SOP, pihak pengurusan, tetapi hari ini mengapa pulak kita salahkan kerajaan kerana tak menjaga SOP. Sepatutnya majikan yang mula jaga, kalau majikan jaga dan ada sesuatu yang kurang senang (dengan pelaksanaan SOP oleh majikan), laporkan kepada kerajaan dan kami akan hantar pasukan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia dijangka akan memasuki fasa endemik COVID-19 pada Oktober selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapatkan vaksin.

Selain itu, dia juga mengingatkan orang ramai agar menerima hakikat untuk hidup bersama virus meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19. Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih perlu untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan melakukan kawalan kediri kerana langkah itu membolehkan pelbagai sektor dalam negara dibuka manakala kehidupan rakyat kembali berfungsi seperti sedia kala.

Mengapa terdapat individu yang dikenakan saman direct dan tetapi terdapat individu yang perlu menunggu kertas siasatan dibuka? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

Layanan Dua Darjat, Pelajar Matrikulasi Langgar SOP Kena Saman Tanpa Siasatan RM1,500

Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang