Perdana Menteri pada hari ini telah mengumumkan 11 aktiviti ekonomi yang sedia dibuka bermula 16 Ogos 2021 ini buat negeri yang berada dalam Fasa 1 PPN. Difahamkan kelonggaran ini dibuat selepas mendapati kelonggaran yang diumumkan sebelum ini lebih dimanfaatkan buat mereka yang berada di Fasa 2 PPN.

Kelonggaran 11 aktiviti ekonomi ini dibuat berikutan peningkatan kadar vaksinasi antara rakyat sekaligus dapat mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19. Berikut merupakan 11 aktiviti ekonomi yang sedia dibuka pada 16 Ogos ini buat negeri Fasa 1 PPN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Kedai cuci kereta
2. Kedai elektrik dan elektronik
3.Kedai barangan rumah & peralatan dapur
4. Kedai perabot
5. Kedai peralatan sukan
6. Kedai aksesori kereta
7. Pusat pengedaran & jualan kereta
8. Pasar pagi & pasar tani sahaja
9. Kedai pakaian,fesyen & aksesori
10.Kedai barang kemas
11. Kedai gunting rambut dan pusat atau salun kecantikan

Dimaklumkan kelonggaran ini hanya sah buat penerima vaksin yang sudah 14 hari menerima dos kedua vaksin atau 28 hari selepas menerima suntikan dos pertama.

Diharap kelonggaran yang dibuka ini dapat dimanfaat sebaiknya dalam meningkatan kembali ekonomi negara sekaligus memudahkan orang ramai yang berada di Fasa 1 PPN.

Sejak mulai memasuki Fasa 3 PPN, angka kes positif di Perlis terus meningkat kepada 61 kes sekaligus mencatat angka kes tertinggi negeri.

Bukan Kerana ‘Dine-In’, Ini Punca Perlis Catat Angka Kes Tertinggi Negeri Semalam

Individu Terima Vaksinasi Lengkap Di Negeri Fasa 2 Boleh Rentas Daerah Dan ‘Dine-In’ Di Restoran

Selepas Delta, DG Hisham Sahkan Kemunculan Lambda Sebagai Varian Baharu COVID-19