Risau jika lesen memandu dan cukai jalan anda tamat tempoh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa sehingga 14 April ini?

Kini anda tidak lagi perlu memikirkan tentang perkara tersebut kerana Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan pengecualian untuk pembaharuan semua jenis lesen dan cukai jalan sepanjang berlangsungnya PKP.

Ecoworld-Cover-Image
HYPE
Dari Mata Turun Ke Hati, Ini Detik Percintaan Romantis Dua Pasangan Merpati Sejoli
Baca lagi →

Perkara itu dijelaskan Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada semalam.

Posted by Wee Ka Siong on Tuesday, 24 March 2020

“Sebelum ini pemegang lesen memandu individu diminta untuk memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh PKP.

“Tetapi dengan pengumuman di atas, syarat keperluan untuk memperbaharui lesen memandu ini telah dikecualikan, bagi tempoh PKP,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu yang terlibat dinasihatkan untuk membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh ini.

Berdasarkan pemahaman kami, pemandu atau pemilik hanya dikecualikan daripada memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan namun masih perlu memiliki perlindungan insurans yang sah untuk kenderaan mereka.

“Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut wajib memiliki perlindungan insurans yang sah,” jelas Dr Wee lagi.

Mereka yang telah tamat tempoh lesen memandu dan cukai jalan juga pesannya perlu memperbaharui kembali kedua-dua dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari selepas PKP berakhir.

Sudah pasti pengumuman dari Menteri Pengangkutan ini dapat meredakan sedikit kegusaran mereka yang mengalami situasi tamat tempoh lesen memandu dan cukai jalan sepangjang PKP ini.

Terutama dengan pengumuman lanjutan PKP ini sehingga 14 April seperti yang diumumkan Perdana Menteri kita pada semalam.

Baca perkongsian lain kami sebelum ini mengenai PKP yang sedang berkuat kuasa di negara kita ketika ini. 

Perdana Menteri Umum PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April

7-Eleven Umum Waktu Operasi 7 Pagi Sehingga 11 Malam Sempena PKP

ATM Cadang Guna Dron Bagi Memantau Orang Ramai Sempena PKP

Anda Mungkin Suka