Umum mengetahui, ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, Mesyuarat Jemaah Menteri sebulat suara telah memutuskan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter dan diesel pada harga RM2.18.

Terbaharu, kerajaan Persekutuan telah membatalkan perintah harga siling terhadap minyak petrol dan diesel melalui Warta Kerajaan bertarikh 3 Jun 2020 yang lalu telah tular di media sosial. Menerusi Warta Kerajaan itu, pembatalan tersebut telah dibuat oleh Pengawal Harga, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Pembatalan harga siling itu adalah berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 4, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723], Pengawal, dengan kelulusan menteri. Ia diluluskan oleh Alexander Nanta Linggi selaku menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna pada 10 April lalu.

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan media oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perkara tersebut tidak benar. Menurut Alexander Nanta Linggi, penetapan harga runcit petrol dan diesel masih melalui mekanisme harga automatik (APM) yang dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia.

81591789056_freesize

Pada ketika ini, harga pam untuk RON 95 dan diesel masing-masing adalah RM1.48 dan RM1.63. Apa pula pandangan anda berhubung perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan pam minyak pada pautan di bawah ini yang mungkin anda minta untuk baca. 

Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Orang Ramai Perlu ‘Support’ Isi Minyak Di PETRONAS

Wanita Panik ‘Pam Minyak Buat Hal’, Ini Fungsi Sebenar Butang Kecemasan

Mekanik Ini Sahkan ‘Goncang Kereta’ Adalah Perbuatan Sia-Sia Ketika Isi Minyak