Sejak COVID-19 mulai menyerang Malaysia, industri perkhidmatan pengangkutan awam merupakan salah satu antara golongan yang paling terjejas. Pelaksanaan PKP menyebabkan orang ramai mula berkerja secara work from home yang mengakibatkan kurangnya permintaan perkhidmatan ini.

Semalam Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI. Ada tiga inisiatif bantuan khas yang diberikan untuk industri perkhidmatan pengangkutan awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-bantuan-permai-5
Sumber Gambar: belanjawan2021.treasury.gov.my

Pihak kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu bas, teksi, perkhidmatan e-hailing dan pemandu pelancong.

Seramai 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing bakal menerima bantuan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

vocket-bantuan-permai-6
Sumber Gambar: belanjawan2021.treasury.gov.my

Pada masa yang sama juga, Perdana Menteri Malaysia turut meluluskan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun. Dalam masa yang sama, syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun sahaja mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

vocket-bantuan-permai-7
Sumber Gambar: belanjawan2021.treasury.gov.my

Pengusaha bas dan teksi bakal menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah melalui Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi. Di bawah skim ini, 50% jaminan ke atas pinjaman akan disediakan bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan. Pihak kerajaan telah memperuntukkan jaminan sebanyak RM1 bilion untuk tujuan ini.

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah bantuan PERMAI yang mana pihak kerajaan mahu mencapai tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat dengan industri perkhidmatan pengangkutan  awam.

Baru-baru ini saintis di China telah meramalkan pandemik COVID-19 pada tahun ini lebih buruk berbanding tahun 2020. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Saintis Di China Beri Amaran, Pandemik Tahun Ini Diramal Lebih Buruk Daripada Tahun 2020

Tony Fernandes Dakwa Cara Pemerintah Tangani COVID-19 ‘Mengerikan’

Positif COVID-19 Tetapi Masih Mahu Pulang Ke Dhaka, 2 Warga Bangladesh Ditahan Di KLIA

 

Sumber