Aksi dab memang sangat popular tahun lalu dan dipopularkan lagi pemain bola sepak terkemuka seperti Pogba yang membuat aksi ini setiap kali meraikan jaringan. Jika aksi dab ini adalah sesuatu yang biasa bagi kita, tidak di Arab Saudi. Anda boleh berdepan hukuman penjara jika membuat aksi dab ini.

Menurut Majlis Anti Dadah Kebangsaan Arab Saudi, mereka berpendapat aksi ini mempunyai hubungan secara terus dengan dadah serta melabelkan aksi dab ‘sesuatu yang memberi kesan buruk kepada remaja’ dan sesiapa yang melakukannya di tempat awam atau laman sosial akan berdepan dengan hukuman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Dab in Saudi
Poster kesalahan ‘Dab’ di tempat awam dan media sosial

Ogos tahun lalu, seorang artis ternama dari negara Arab, Abdallah Al Shahani ditangkap oleh pihak berkuasa selepas video beliau membuat aksi dab di atas pentas tular di media sosial.

Dalam satu video yang sedang viral di Twitter, kejadian ini berlangsung dalam satu perlawanan di Arab Saudi. Salah seorang pemain bangku simpanan untuk kelab Al Nojoom telah membuat aksi dab dan aksi itu dirakam dan disiarkan ketika perlawanan berkenaan berlangsung.

Namun, masih tiada berita lanjut berkenaan tindakan apa yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi terhadap pemain bola sepak ini. Di dalam video ini, pengulas perlawanan berkenaan dengan nada risau mengatakan ‘tidak’ dalam bahasa Arab. Mungkin sudah tahu pemain berkenaan akan menerima hukuman terhadap aksi yang beliau lakukan walaupun di tepi padang.

Reaksi pemilik media sosial di Arab Saudi juga bercampur berkenaan hukuman yang dikenakan serta kaitan aksi dab ini dengan dadah. Kini sudah pun masuk tahun 2018 dan aksi dab ini pun sudah tidak relevan untuk tahun ini. Anda yang akan ke Arab Saudi, berhati-hati jangan buat aksi ini di khayalak ramai.

Sumber