Menjadi negara maju bukan sahaja dari segi penggunaan teknologi dan bangunan pencakar langit yang tinggi namun sikap rakyatnya turut menjadi salah satu pengukur untuk menjadikan sesebuah negara itu maju. Malah, kesedaran mengenai kebersihan juga perlu diterapkan kerana ia menjadi dasar yang mencerminkan sebuah negara yang sejahtera.

Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak peka terhadap kebersihan walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan untuk memberi kesedaran kepada rakyat.

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial Facebook yang menunjukkan seorang lelaki bertindak ‘menegur’ sebuah pengguna jalan raya yang dilihat membuang sampah di tengah jalan.

Video yang berdurasi 57 saat itu dimuat naik sendiri oleh saudara Azham Aizad di laman Facebook miliknya.

Video tersebut dirakam melalui dashcam kereta miliknya. Menerusi video tersebut, dapat dilihat bahawa ada penumpang di belakang sebuah kereta membuang sampah ke atas jalan dan Azham tidak menunggu lama untuk keluar dari kereta dan ‘menyerahkan’ semula sampah kepada kereta tersebut dengan menyelit pada pengelap cermin.

Rata-rata netizen memuji tindakan berani yang dilakukan oleh beliau itu, pelbagai komen yang positif ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen perkongsian tersebut.

Diharapkan dengan tindakan lelaki ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kita yang lain untuk lebih mementing kebersihan alam sekitar.

Dikepilkan di sini beberapa artikel yang mungkin memberi inspirasi untuk pembaca. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Bantu Selesaikan Masalah Banjir Di Kuala Lumpur

Tindakan Pantas Orang Ramai Bantu Tolak Kereta Terbalik Dipuji Netizen

Banjir Pulau Pinang, Surau Ini Buktikan ‘Sifat Kemanusiaan’ Rakyat Malaysia

Sumber