Kehadiran wabak coronavirus sememangnya membuatkan orang ramai panik. Tidak kurang juga mereka yang menjadi saspek kepada wabak yang merebak dengan pantas ini.

Nampaknya pelancong yang melancong di Jepun juga tidak terlepas daripada menjadi wabak yang ditakuti ramai ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seramai 3,500 penumpang kapal cruise beserta anak kapal terpaksa dikuarantin lebih seminggu di dalam kapal selepas dilaporkan hampir 170 penumpang disahkan saspek kepada wabak coronavirus.

EQulMXWUwAAGqVW

Sehubungan dengan isu yang berlaku, pelayaran kapal cruise yang berlangsung selama dua minggu dan sepatutnya berakhir pada 10 hari lalu telah diminta untuk meneruskan pelayaran bagi mengelakkan orang ramai di darat berjangkit.

Keputusan yang dibuat ini secara tidak langsung membuatkan para penumpang berasa tidak selesa dan panik dengan keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan wabak. Tidak kurang juga mereka yang risau dengan stok ubat-ubatan yang semakin berkurangan di dalam kapal.

Dalam usaha untuk menenangkan para penumpang, Menteri Kesihatan Jepun telah menggunakan ‘kuasa’ teknologi dengan menghadiahkan sebanyak 2,000 iPhone dimana setiap kabin bakal menerima sebuah iPhone.

EQulMXVUUAEXJXO

Penawaran iPhone ini sekaligus membolehkan para penumpang lebih mudah untuk berhubung dengan doktor mengenai keadaan kesihatan yang dialami serta menerima pengumuman terbaru mengenai wabak coronavirus. Setiap iPhone ini turut dilengkapi dengan servis daripada SoftBank yang membolehkan para pengguna memuat turun aplikasi yang tersedia di negara tersebut.

Pastinya sebuah pengalaman yang unik buat para penumpang selepas mampu berlayar hampir empat minggu serta menerima iPhone namun terpaksa berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada berjangkit dengan wabak yang sangat merbahaya ini.

Apple iPhone 9 yang bakal dilancarkan pada Mac ini mungkin ditawarkan dengan harga serendah RM1,600 sahaja. Ketahui juga isu mengenai saman iPhone daripada firma dari Perancis ini.

iPhone 9 Mungkin Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM1,600 Sahaja

Apple Sekali Lagi Disaman Kerana ‘Sengaja’ Memperlahankan iPhone