Ternyata percaturan Shopee untuk mengambil pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo sebagai duta 9.9 Super Shopping Sale membuahkan hasil apabila untuk tahun ini, jumlah pesanan ketika kempen ini berlangsung meningkat 3 kali ganda berbanding 2018.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Sebagai pencipta 9.9 Super Shopping Day, kami bangga melihat acara membeli-belah utama kami menjadi tarikh penting dalam kalendar membeli-belah dalam talian di rantau ini. Disebabkan oleh pertumbuhan dan kejayaannya yang berterusan, para peniaga runcit luar dan dalam talian serta laman web membeli-belah dalam talian lain telah mengalami demam 9.9.”

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Berikut adalah beberapa statistik menarik 9.9 Super Shopping Day ini.

[BM] Post 9.9 2019 Infographic

Infografik 9.9 Super Shopping Day

Kerjasama antara Shopee dan Cristiano Ronaldo telah menyaksikan permulaan yang berjaya. Iklan televisyen pertama Cristiano Ronaldo dengan Shopee mendapat sambutan hebat dengan 35 juta tontonan dalam talian setakat ini, manakala persembahan ‘Shopee Dance’ oleh ikon bola sepak ini telah disaksikan di seluruh dunia.

Jenama-jenama berprestasi tinggi menyaksikan purata peningkatan 6,780x dalam trafik dan 400x peningkatan dalam jualan berbanding dengan hari biasa.

Walaupun ramai yang beranggapan iklan Shopee dan Ronaldo ini agak melucukan, tetapi ianya sangat berkesan dan impaknya dapat dilihat serta merta.

Kami yakin anda juga pasti antara pembeli baharu di Shopee selepas melihat Ronaldo menari Shopee Dance. Tahniah juga buat Shopee kerana berani gamble dan membuat pelaburan besar untuk menjadikan Ronaldo sebagsi duta kempen ini.

Untuk berita berkenaan laman beli belah atas talian yang lain, boleh tekan pada pautan di bawah.

Netizen Terhibur Dengan Iklan ‘Pelik’ Cristiano Ronaldo Untuk Shopee

5 Gadget Berbaloi Anda Dapatkan Sempena Jualan 9.9 Lazada

Ini 4 Pilihan ‘Headphone’ Terbaik Yang Bersesuaian Dengan Gaya Hidup Anda

Anda Mungkin Suka