Sebagai ibu bapa kita hendaklah selalu peka dengan keadaan sekeliling anak-anak, jangan kita terlalu leka sehingga menyebabkan perkara yang tidak diigini berlaku kepada anak-anak.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial Facebook Penang Kini, yang memaparkan seorang kanak-kanak dilanggar oleh sebuah kereta dihadapan rumahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan rakaman CCTV tersebut yang menunjukkan pintu pagar sebuah rumah tidak bertutup, kanak-kanak tersebut dilihat bermain dengan basikal sebelum meluru keluar ke jalan sendirian.

Menjengah keruangan komen diperkongsian tersebut, seorang netizen memberitahu bahawa bapa kepada kanak-kanak tersebut dilaporkan sedang membasuh kereta ketika anaknya itu keluar daripada pagar rumahnya.

Nasib kanak-kanak tersebut tidak begitu baik apabila dia dirempuh oleh sebuah kereta yang kebetulan sedang lalu di hadapan rumah kanak-kanak tersebut.

Sejurus selepas kemalangan tersebut, jiran-jiran serta ibu bapa kanak-kanak tersebut dilihat terus berlari menuju ke arah kereta tersebut bagi memeriksa keadaan kanak-kanak itu.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan mengatakan kerisauan mereka terhadap nasib kanak-kanak malang tersebut

Ada juga netizen yang menyalahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana dikatakan cuai dalam memastikan keselamatan anak mereka itu.

Ibu bapa dinasihati supaya sentiasa memerhati anak-anak mereka yang masih kecil bagi mengelak daripada kejadian yang tak diingini sebegini berlaku.

Terdahulu, seorang pemandu Honda Jazz melanggar kereta pelumba negara gara-gara tidak mahu membayar tol. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Ibu Bapa 8 Mangsa Tragedi Langgar Terkilan Dengan Keputusan Mahkamah

Tular Video Lumba Di Jalanan, Netizen Mahu Basikal Lajak Diharamkan Atas Jalan Raya

Sumber