Sebelum ini kecoh di media sosial apabila seorang wartawan Telegraph tidak menyukai nasi lemak dan beliau mendakwa nasi lemak dalam penerbangan British Airways adalah terburuk dan memberikan rating 0/10 bintang.

Lantaran itu, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia dan rata-rata netizen mula menyerang Twitter milik beliau. Terbaharu, wartawan tersebut @KatieMorley_ telah berkongsi gambar beliau makan nasi lemak.

pexels-photo-888899
HYPE
Huawei Kongsi 3 Idea Temu Janji Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengakui bahawa nasi lemak yang sebenar tidaklah seteruk seperti yang beliau nikmati ketika dalam penerbangan British Airways.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah cadangkan kepada beliau agar mencuba nasi lemak sebenar. Menurutnya lagi, nasi lemak memang sedap dan kini beliau menyukainya.

Diharap rakyat Malaysia kini boleh bertenang selepas kenyataan dari wartawan ini. Adakah anda ada cadangan nasi lemak yang sedap untuk beliau cuba jika berkunjung ke Malaysia?

Terlepas isu yang berlaku sebelum ini tentang hal ini? Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Didakwa ‘Menghina’ Nasi Lemak, Twitter Wartawan Ini Diserang Rakyat Malaysia

YouTuber Dari Greece Sanggup Terbang 9,600KM Ke Malaysia Kerana Rindukan Nasi Lemak

Selepas Nasi Lemak, YouTuber Ini Mahu Kembali Ke Malaysia Kerana Burger Ramly Pula

Anda Mungkin Suka