Wabak coronavirus atau dikenali sebagai Covid-19 makin membimbangkan ramai orang di seluruh dunia. Malah, angka mangsa yang terkena jangkitan makin meningkat di beberapa buah negara termasuk di Malaysia.

Berikutan itu, seorang pelajar warga Singapura yang sedang melanjutkan pelajaran di London berkongsi layanan yang diterimanya kerana penularan wabak Covid-19 itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Jonathan Mok di Facebook miliknya, beliau dikatakan telah dipukul oleh sekumpulan orang dan memanggilnya coronavirus ketika beliau sedang berjalan di Oxford Street di London.

Menurutnya lagi, sekumpulan orang tersebut terdiri daripada lelaki dan perempuan dalam tiga atau empat orang telah menumbuk muka, memukulnya dan menyuruhnya pulang ke negaranya.

Beliau tidak membalas kembali tetapi berusaha untuk menerangkan bahawa beliau tidak membuat apa-apa kesalahan kepada para individu yang memukulnya. Malah, beliau cuba dibantu oleh mereka yang terlihat kejadian tersebut tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul tersebut.

Malangnya, kumpulan pemukul tersebut berjaya melarikan diri sebelum pihak polis tiba. Jonathan dikejarkan ke bahagian kecemasan selepas itu dan beberapa tulang di mukanya perlu di bedah.

Jonathan juga meminta saksi kejadian untuk tampil membantunya memberikan keterangan kepada pihak polis. Beliau telah laporkan hal tersebut kepada polis dan pelakunya masih belum ditangkap.

Penawar untuk Covid-19 masih belum diketahui dan ini pastinya membuatkan ramai orang berasa resah. Baca artikel berkaitan Covid-19 di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Jackie Chan Mungkin Dikuarantin Kerana Dijangkiti Coronavirus?

Jokowi Sahkan Dua Warga Indonesia Positif Coronavirus

Wanita Jepun Sembuh Sepenuhnya Kembali Dijangkiti Coronavirus Buat Kali Kedua

Sumber