Kita sudah melangkah ke tahun 2018 dan janganlah kita buat perkara yang kurang cerdik seperti ini. Disember lalu, seorang daredevil dari China meninggal dunia kerana tersilap langkah ketika merakam satu aksi bahaya. Kini perkara yang hampir sama terjadi di Turki.

Lelaki berusia 39 tahun berasal dari Turki ini ingin mengambil gambar sempena hari lahirnya di Urfa Castle, salah satu tapak bersejarah di bahagian selatan Turki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau dilihat melompat dari satu batu besar,tergelincir dan tergolek jatuh ke bawah. Lelaki berkenaan tidak sempat berpaut kepada apa-apa dan jatuh terus 45 meter berdekatan sebuah restoran di bawahnya.

Walaupun dibawa ke hospital, lelaki ini tidak dapat diselamatkan. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar lebih berhati-hati ketika bergambar. Jangan terlalu ghairah untuk mengambil gambar atau anda akan menerima nasib seperti lelaki ini.

Sumber