‘Cikgu Suraya’, nama dalam fiksyen novel lucah yang cukup terkenal dalam segelintir orang. Sebelum ini pernah tular video lucah memaparkan wanita memakai tudung berwarna hijau dan disamakan dengan watak ‘Cikgu Suraya’.

Lantaran itu, seorang pengguna TikTok yang memuat naik video berkaitan keadaan bibirnya kering dan mengenakan tudung berwarna hijau menerima pelbagai komen yang boleh dianggap sebagai gangguan seksual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@alia.acha/video/7059056392761609498

Mana tidaknya, segelintir netizen memberikan komen seperti jangan pakai tudung hijau dan samakan pengguna TikTok itu dengan Cikgu Suraya. Hal ini menunjukkan pemikiran ‘sakit’ oleh segelintir netizen kerana sexualize pemakaian tudung hijau.

Isu ini mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana ada individu yang berfikiran seperti itu serta berasa kasihan kepada pemilik video kerana menjadi mangsa gangguan seksual.

https://twitter.com/yourmakhijau/status/1488894795695022084

Bukan itu sahaja, para netzen turut mengecam tindakan segelintir individu yang meninggalkan komen berbaur lucah di video pengguna TikTok tersebut. Malah, rata-rata netizen mengatakan seharusnya para individu itu malu dengan tindakan mereka dan mengatakan pasti ramai wanita di luar sana berasa trauma selepas ini.

Untuk pengetahuan anda, antara bentuk tindakan yang dapat diklasifikasikan sebagai gangguan seksual dalam talian ialah menghendap (stalking), memberi ucapan benci atau lucah, memeras ugut, memberi komen dengan niat untuk menimbulkan kemarahan pengguna lain (trolling), mencari dan menyebarkan maklumat sulit untuk memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang (doxing).

Jika anda menjadi mangsa gangguan seksual, anda dinasihati agar membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ataupun polis supaya maklumat dapat direkodkan dan tindakan tegas dapat diambil terhadap pelaku.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan ‘Cikgu Suraya’ pada pautan di bawah ini.

Netizen Dakwa Drama Terbaru David Teo Rendahkan ‘Martabat’ Guru Dengan Berpakaian Seksi

‘Cekik Darah Dan Tidak Berbaloi’- Iklan Sewa Rumah PPR Berharga RM1,400 Sebulan Buat Netizen Terkejut

Tindakan ‘Abang Sepana’ Bantu Halang Wanita Daripada Dipukul Suami Terima Pujian Netizen