Sebut mengenai Hot Wheels pasti ramai yang cukup mengetahuinya. Menawarkan kereta berskala kecil dengan rekaan yang memukau membuatkan orang ramai khususnya para lelaki meminatinya.

Namun lain ceritanya dengan Muhammad Amsyar yang mengumpul koleksi kereta ini dengan lebih serius dimana setakat ini beliau telah pun mempunyai lebih 20,000 model bernilai lebih RM250,000 semuanya.

Difahamkan hobi mengumpul kereta Hot Wheels ini bermula sejak daripada beliau kecil lagi namun disebabkan kekangan wang, beliau mula mengumpulnya sejak melanjutkan pelajaran dalam program khas ortopedik di Amerika Syarikat.

weels1_1566569234
Sumber: Harian Metro

Di Amerika Syarikat, hobi yang menjadi kegilaan orang ramai di negara tersebut secara tidak langsung memudahkan lagi Muhammad Amsyar mengumpul serta memperoleh koleksi yang diidamkannya. Malah, terdapat koleksi yang terpaksa beliau tempuh sejauh 1,155km pada musim sejuk untuk mendapatkannya.

Walau bagaimanapun, hobi beliau setakat ini terpaksa ditangguhkan berikutan bebanan hutang yang menimpa. Beliau yang sudahpun dikenali dikalangan pengumpul Hot Wheels baru-baru ini telah memuat naik status di Facebook menyatakan beliau berhasrat untuk menjual kesemua koleksi beliau.

Status beliau telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak dimana terdapat pengumpul yang bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Setakat ini beliau masih menantikan pembeli yang mahu mendapatkan koleksi beliau dengan harga sekitar melebihi RM300,000 selepas menerima tawaran pembelian sekitar RM200,00 baru-baru ini. Beliau turut berharap koleksi beliau dibeli oleh mereka yang benar-benar menghargai koleksi Hot Wheels ini.

Sumber