Siapa yang tidak mengenali chef selebriti British, Jamie Oliver yang terkenal melalui program siri masakan The Naked Chef. Ini merupakan satu berita yang kurang baik apabila sebahagian besar rangkaian restoran miliknya di United Kingdom terpaksa ditutup dan diletakkan di bawah perlindungan pemiutang.
I’m devastated that our much-loved UK restaurants have gone into administration. I am deeply saddened by this outcome and would like to thank all of the people who have put their hearts and souls into this business over the years. Jamie Oliver
— Jamie Oliver (@jamieoliver) May 21, 2019
22 daripada 25 rangkaian restoran beliau yang ditutup termasuk Fifteen, Jamie Oliver’s Diner dan restoran stik Barbecoa di London. Akan tetapi, dua restoran Itali dan Jamie’s Oliver’s Diner di Lapangan Terbang Gatwick masih meneruskan operasi dalam jangka masa pendek.
Faktor Brexit dikhabarkan menjadi punca rangkaian restoran milik Jamie ini terpaksa ditutup kerana kos untuk membawa masuk bahan masakan yang segar menjadi semakin mahal. Persaingan daripada restoran lain yang turut menawarkan konsep makanan yang sama dengan restoran milik Jamie turut menjadi salah satu punca.
Berikutan penutupan restorannya, kira-kira 1,300 pekerja bakal kehilangan pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun, 25 restoran Itali Oliver di luar negara dan Fifteen di Cornwall yang dikendalikan secara francais tidak terjejas.
It's an exciting Friday as our new summer dishes launch on the Fifteen Menu today!
There's plenty of small plates, large plates & handmade pasta brimming with the season's new flavours we can't wait for you to try 🍽️https://t.co/w3qgyeQj26#FridayMotivation pic.twitter.com/RBpYT8U1Pn
— Fifteen Cornwall (@FifteenCornwall) May 17, 2019
- SUMBER
- CNN