One Two Jaga, filem kedua arahan bekas calon Pengarah Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26 (2014), Nam Ron kini kembali mendapat perhatian netizen dengan beberapa isu melibatkan pihak polis.

Filem yang berkisarkan salah guna kuasa dari pihak polis dengan diselit isu pendatang haram dan rasuah disifatkan orang ramai seperti menyamai beberapa tindakan yang dibuat oleh pihak polis beberapa hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda lupa bagaimana perjalanan cerita ini, anda pasti ingat bagaimana cabaran yang perlu dipikul oleh seorang pegawai polis muda Hussein (Zahiril Adzim) yang cuba berpegang kepada prinsip apabila mengesyaki rakan sekerjanya, Hassan (Rosdeen Suboh) sering menerima suapan.

One Two Jaga juga menghidangkan cabaran yang perlu dilalui oleh Sugiman (Ario Bayu) seorang pendatang asing dari Indonesia yang mahu menghantar adiknya, Sumiati (Asmara Abigail) kembali ke negara asal.

Beberapa isu lain yang berbangkit di dalam filem One Two Jaga ironinya seperti kena dengan beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan kini.

Pertama adalah isu berkenaan kedai burger di Sungai Buloh. Pemiliknya mendakwa pihak polis telah mengamalkan sikap ‘pilih kasih’ apabila bertindak menutup salah satu cawangan gerai burger miliknya, manakala perniagaan lain seperti kedai mesin judi haram tidak diambil tindakan oleh pihak PBT dan polis.

Dakwaannya dibuat dalam satu video yang dirakam secara langsung, hasil pemantauannya di sekitar Sungai Buloh mendapati beberapa kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup tidak di ambil tindakan oleh pihak polis.

Bagaimanapun, dia yang mendedahkan aktiviti ini telah dipersalahkan oleh pihak polis apabila mereka menyatakan bahawa dakwaannya boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej polis dalam menangani aktiviti perjudian di Sungai Buloh.

Kedua adalah isu berkenaan denda kerana gagal mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memakai pelitup muka oleh pihak polis.

Terdahulu, seorang remaja telah didenda RM1,000 kerana tidak memakai pelitup muka dengan cara yang betul. Dia didenda oleh polis semasa melalui salah sebuah stesen keretapi. Dia yang kelihatan menangis selepas di denda mendakwa dia menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu kerana mahu menggaru bahagian muka yang gatal.

Tindakan denda oleh pihak polis ini telah dipersoalkan oleh orang ramai. Mereka mendakwa bahawa pihak polis seharusnya memberi amaran sebelum mendenda remaja terbabit.

Orang ramai turut mendakwa ‘perangai’ pilih kasih ini lebih terang lagi bersuluh apabila pihak polis seperti membutakan mata mereka dengan kumpulan kenamaan yang dilihat tidak mengikuti arahan KKM. Menteri dan ahli politik seperti kebal dari undang-undang apabila bebas menghadiri beberapa acara dengan tidak memakai pelitup muka.

rsz_aaaabezgthyuxchn7onvv9lap960okx_xgkn2nzuhb5l-wmipuhlp4bvmiqhttnay4cdjkondmnkqrbbyiyvquwdd45n_ogjdwfhxo_kmtch7q4romhnpgannwhjybi8mp48o98zrpj5cf4

Bagi orang ramai, filem One Two Jaga menceritakan sisi gelap pihak polis yang suka bermuka-muka untuk menjatuhkan hukum terhadap seseorang. Ia adalah sebuah filem yang membawa isu rasuah dan salah guna kuasa oleh pihak polis dengan lebih nyata dan tanpa berselindung.

Cerita ini telah membuka mata masyarakat bahawa budaya ini sebenarnya wujud bukan sahaja di luar, tetapi di dalam kain kita sendiri. Kata Daniyal Kadir, filem ini menyentuh garis kabur yang mencampurkan kebaikan dan kejahatan sehingga mata kita buta untuk menilai dengan lebih jelas.

Untuk anda yang belum lagi menonton One Two Jaga, anda boleh terus ke laman Netflix untuk menontonya. Jemput baca artikel lain mengenai filem ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Versi Tanpa Suntingan ‘One Two Jaga’ Akan Ditayangkan Di Netflix Disember Depan

Bront Palarae Pelik Dihentam Netizen Kerana Mempromosikan ‘One Two Jaga’