Media sosial merupakan satu medium yang membenarkan penggunanya untuk berinteraksi antara satu sama lain dan memiliki kebebasan untuk menyuarakan pendapat.

Terbaharu, Haneesya Hanee yang merupakan seorang model telah memuat naik video di laman Twitternya dimana menampilkan ibunya. Menerusi video tersebut, ibu Haneesya akan membuat laporan polis kepada dua pengguna Twitter yang telah membuli dan perlekehkan anaknya dengan menyamakan warna kulit anaknya dengan batu Hajarul Aswad.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, ada pengguna yang menghina Haneesya dengan mengaitkan dengan tempat tinggalnya di kawasan perumahan flat atau PPRT. Oleh yang demikian, ibu Haneesya telah membuat laporan polis dan minta dua individu tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka jika tidak mahu perkara ini dibawa ke mahkamah.

Berikutan itu, dua individu tersebut telah membuat permohonan secara terbuka di Twitter.

https://twitter.com/akustikajalanan/status/1178354649390186497

https://twitter.com/JefriiMY/status/1178326142593318916

Baru-baru ini, Haneesya Hanee telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Pastinya kes ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada pihak di luar sana agar tidak melakukan perkara sebegini kelak. Di bawah kami listkan beberapa artikel berkaitan ‘body shaming’.

Ratu Futsal Negara Kongsi Komen Negatif Daripada Lelaki Yang Selalu Diterimanya Di Instagram

Isu Viral Surat Cinta Murid Sekolah Dan Kesan Buruk ‘Online Shaming’ Kepada Kanak-Kanak