Sebagai rakyat biasa, adalah tidak mudah untuk kita dapat berinteraksi dengan keluarga DiRaja. Akan tetapi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang aktif menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang membuatkan rakyat berasa mudah untuk berinteraksi.

Raja Permaisuri Agong yang sering menggunakan medium tersebut untuk berinteraksi bersama rakyat dan berkongsi saat-saat indah baginda sebagai Permaisuri Agong selalu mencuri perhatian netizen di Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/winklesungjin/status/1171886206763692032

Akan tetapi, semalam kecoh di media sosial Twitter apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah berkongsi dengan bangganya telah block akaun Twitter Permaisuri Agong.

https://twitter.com/hunnyAripin/status/1171779538948222977

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyokong tindakan pengguna tersebut dan melemparkan kata-kata yang tidak sopan. Setelah itu, rata-rata netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh pengguna Twitter tersebut.

https://twitter.com/asrulmm/status/1171894208812089344

https://twitter.com/ZharifNikonian/status/1171839387874689025

Kemudian, ada yang mencadangkan untuk block dan report akaun pengguna Twitter yang bersikap biadab itu. Malah, ada juga yang telah membuat laporan polis untuk menangkap pengguna tersebut.

Setelah kekecohan berlaku, netizen terkejut apabila akaun Twitter Permaisuri Agong tiada lagi kerana telah ditutup. Berikutan itu, netizen menzahirkan rasa sedih mereka dan berharap agar baginda akan membuka akaun Twitter semula.

https://twitter.com/nurulf_j/status/1171924026903580672

https://twitter.com/Aniq_Miharja/status/1171957071043907585

Adakah anda turut berasa sedih dengan berita ini? Kemudahan media sosial yang ada seperti tidak digunakan dengan sebaiknya oleh segelintir netizen.

Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan dengan Permaisuri Agong. Klik pautan di bawah untuk membacanya. 

Lukisan ‘Pelukis Jalanan’ Berjaya Curi Perhatian Tuanku Dan Raja Permaisuri Agong

5 Fakta Menarik Mengenai Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah