Semuanya bermula hanya sekadar hiburan menghabiskan masa di kolej. Kini kumpulan remaja ini bukan sahaja dijemput ke tayangan perdana Avengers: Infinity War, tetapi turut bertemu dengan tuan pengarah sendiri Joe Russo!

Video parodi yang dimuat naik oleh Aiman Sany di Twitter ini trending di seluruh dunia dan turut mendapat perhatian pengarah Avengers sendiri, Joe Russo.

https://twitter.com/awesomerawks/status/975157041130979328

Mereka dijemput ke Singapura ketika sesi promo Avengers yang berlangsung awal bulan lepas dan tidak menyangka Joe Russo sendiri akan duduk bersama dan bertanya soalan kepada mereka tentang video parodi berkenaan. Video ini baharu sahaja dikongsi oleh laman Facebook Marvel semalam.

Ia pastinya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kumpulan pelajar ini dan Joe sendiri memuji tahap kreatif pelajar-pelajar ini. Nampaknya boleh jangka berdasarkan temubual ini, Aiman Sany & the gang pastinya akan buat satu video seperti ini lagi untuk filem Avengers yang akan datang. Steady!