Meskipun sudah memasuki tahun 2021, nampaknya isu melibatkan sindiket love scam atau penipuan melibatkan cinta atas talian masih berlaku. Itulah yang terjadi buat seorang wanita berusia 57 tahun di Pulau Pinang yang sanggup ‘meminjamkan’ wang simpanannya berjumlah RM300,000 buat seorang lelaki yang dikenali beliau secara atas talian.

Seperti kes love scam yang kerap berlaku, wanita ini akhirnya sedar beliau nampaknya telah ditipu setelah wang yang dipinjamkan lesap begitu sahaja sebelum memilih untuk membuat laporan polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

blog-1455170047-1200×675

Difahamkan semuanya bermula apabila wanita ini berkenalan dengan seorang lelaki bernama Andy Lau melalui Facebook yang mendakwa dirinya berwarga berwarganegara Amerika Syarikat dan bertugas dalam bidang petroleum dan gas. Perkenalan di alam maya ini diteruskan melalui pertukaran nombor telefon di mana mereka kerap berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp.

Selepas sebulan menjalinkan hubungan cinta, lelaki ini berkenaan memaklumkan kisah sedih beliau yang membuatkan wanita ini berasa simpati serta sudi meghulurkan pertolongan.

Meskipun berkenalan secara singkat, siapa sangka wanita ini selaku mangsa sanggup meminjamkan wang yang dijanjikan bakal dibayar semula sebanyak RM300,000 yang diberikan secara berperingkat bermula pertengahan Oktober sehingga Disember.

Difahamkan modus operandi yang dijalankan sindiket love scam ini adalah menyatakan kisah sedih mereka sebelum meminjamkan wang sehingga pihak mangsa tidak lagi mempunyai wang untuk diberikan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terjerumus dengan sindiket love scam yang kerap dijalankan secara atas talian agar tidak menyesal di kemudian hari.

Tular pada minggu lalu apabila seorang kanak-kanak maut selepas didera ibu kandung tiga bulan selepas diambil daripada keluarga angkat.

Anak Ini Maut Didera Ibu Kandung, Bapa Tiri Selepas Baru 3 Bulan Diambil Dari Keluarga Angkat

Terima Gaji RM5,500 Sebulan, Pemuda Ini Mahu Berhenti Kerja Hanya Kerana Tidak Gembira

Sumber