Nampaknya filem animasi juga tidak terlepas daripada berdepan isu kontroversi. Terbaru, filem keluaran DreamWorks Animation, Abominable telah disahkan tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Perkara berkenaan disahkan oleh wakil United International Pictures Malaysia kepada SAYS. Animasi ini diharamkan di beberapa negara ASEAN kerana ‘kesalahan’ peta dunia yang terdapat dalam filem ini.

Salah satu adegan dalam filem ini memaparkan watak utamanya yang sedang melihat peta dunia. Babak itu memaparkan kawasan yang dipertikaikan di Laut China Selatan. China sejak sekian lama, membuat tuntutan di Laut China Selatan berdasarkan ‘garis sembilan’ yang tidak diiktiraf ASEAN termasuk Hanoi.

Walaupun ada yang menganggap perkara tersebut sebagai ‘isu kecil’, tetapi ada maksud tersirat yang cuba disampaikan. Sudah sekian lama China cuba mendapatkan hak kedaulatan perairan Laut China Selatan. Melalui peta dalam filem ini, ianya secara tidak langsung cuba memberitahu secara sinis hak pengairan Laut China Selatan sebenarnya adalah ‘milik mereka’.

Ada yang berpendapat Abominable ini cuba menyebarkan ‘Chinese Propaganda’ secara halus menerusi animasi yang pastinya akan ditonton oleh kanak-kanak.

Vietnam adalah negara pertama yang mengharamkan filem tersebut untuk tayangan. Filem tersebut awalnya lulus untuk tayangan tetapi Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mengarahkan adegan menggambarkan ‘garis sembilan’ di peta dikeluarkan dari filem animasi itu.

Namun, pihak Universal Pictures tidak mahu adegan tersebut dipotong dan memutuskan untuk tidak menayangkan filem Abominable di Malaysia.

Sebelum ini, filem terbaru lakonan Jennifer Lopez, Hustlers diharamkan di Malaysia kerana terlalu ‘lucah’. Anda boleh baca pada artikel di bawah.

Filem Terbaru Jennifer Lopez, Hustlers Diharamkan Saat Akhir Di Malaysia

Ketahui Kisah Benar Di Sebalik Filem ‘Nang Nak’

Sumber