adidas melancarkan model edisi khas adidas NMD Hu Trail Pharrell Williams hari ini di seluruh dunia dan semestinya dalam kuantiti yang sangat terhad. Beberapa butik di Malaysia turut mendapat beberapa pasang model ini dan adidas Originals KLCC antara yang menerima stok terhad adidas NMD Hu Trail ini.

https://www.instagram.com/p/BbMlOjJHm63/?tagged=adidaspharrellwilliams

Namun satu pergaduhan tercetus kerana kasut ini. Dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram, seorang lelaki telah ditumbuk atas faktor tidak puas hati.

https://www.instagram.com/p/BbVxYh5HkSA/?taken-by=store_box

Berdasarkan komen pada video ini, semuanya berpunca daripada salah faham cara untuk membeli kasut ini. adidas Originals KLCC menetapkan konsep first come first served untuk pembeli yang berminat untuk membeli kasut ini. Namun muncul satu unofficial list yang perlu diikut bukan dikeluarkan oleh pihak adidas Originals KLCC.

Pada mulanya mereka hanya bertikam lidah hinggalah lelaki memakai topi terbalik menghayun satu tumbukan curi tepat ke muka pemuda yang memakai baju Palace. Berdasarkan komen yang ada pada video ini, pemuda yang memakai baju Palace berada di pihak yang benar kerana beliau hanya menerangkan perkara yang sebenar bagi menyelesaikan segala salah faham.

Semoga kes seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang. Takkanlah hanya kerana kasut kita hendak bergaduh. Jadilah seorang gentleman. Andai tidak dapat membeli, anggap sahaja hari ini bukan rezeki anda. Apa kata anda tentang kes ini?