Siapa sangka pertanyaan ‘naive’ seorang pakcik tua kepada penerbit filem yang menerbangkan drone di sebuah kampung di Ghana akhirnya membawa pakcik ini ke satu destinasi yang telah lama menjadi impian beliau.

Pakcik Al-Hassan Abdullah, seorang tua miskin di Ghana telah bertanya kepada penerbit filem dari Turki, “adakah kapal terbang seperti ini yang bersaiz lebih besar boleh bawa pakcik ke Mekah?”

Ia satu soalan yang ringkas namun telah menjadi tular di Turki selepas dimuat naik dan dikongsikan oleh penerbit filem tersebut sehingga menarik minat Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu untuk membantu merealisasikan impian pakcik tua ini.

tunai-haji-1

Hasil bantuan daripada beberapa pihak, mereka berjaya menjejaki pakcik ini seterusnya menerbangkan beliau ke Istanbul sebelum dihantar ke Mekah.

“Saya bersyukur kepada Allah di atas rezeki ini dan mendoakan kesejahteraan mereka yang membantu merealisasikan impian saya ini. Bantuan daripada kerajaan Turki sangat memberi makna buat saya dan semoga ia menjadi antara perkara yang dapat merapatkan hubungan sesama saudara seagama,” ujar Pakcik Hassan.

Itulah namanya rezeki. Jika sudah tiba masa menjadi tetamu Allah, sesuatu yang dirasakan mustahil juga masih boleh terjadi.

Sumber