Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada hari Isnin yang lalu, mahkamah Pengadilan Negeri Sidoarjo, Jawa Timur menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas Pijie, tertuduh yang telah membakar kereta Toyota Alphard milik seorang artis Indonesia, Maulidia Octavia atau lebih dikenali sebagai Via Vallen pada tahun lalu.

Mengikut kronologi kejadian, Pije yang terlalu obses dengan Via Vallen sanggup datang dari jauh dengan bertukar-tukar trak selama tiga hari untuk berjumpa penyanyi pujaannya yang berada di Sidoarjo, Jawa Timur.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
vocket-via-vallen-3

Sumber Gambar: Jawapos.com

vocket-via-vallen-5

Sumber Gambar: Solopos

Tertuduh yang berusia 42 tahun mengaku kepada pihak polis dia telah membakar Toyota Alphard pada bulan Jun tahun lalu kerana berasa ‘sakit hati’ setelah gagal berjumpa dengan Via Vallen sebanyak dua kali.

Pijie juga dipercayai sudah berada di kawasan Sidoarjo selama tujuh hari sebelum dia nekad mahu membakar kereta milik Via Vallen. Dia turut mengaku menjumpai lokasi rumah artis pujaannya melalui media sosial.

“Saya teringin berjumpa dengan Via. Saya mencari lokasi rumahnya melalui media sosial. Setelah itu saya bertanya orang-orang di sekeliling untuk dapatkan lokasi sebenar Via tinggal,” kata Pijie.

Berhati-hatilah semasa memuat naik informasi peribadi kita, lebih-lebih lagi lokasi tempat tinggal atau di mana kita sedang berada kerana kita tidak tahu siapa ‘peminat’ akan datang tanpa diundang.

Sebelum ini seorang ibu telah diugut oleh anak sendiri untuk memberi kereta Toyota Fortuner atau bayar sewa sebanyak RM57,629.

Ibu Diugut Anak Sendiri, Serahkan ‘Fortuner’ Yang Dibeli Atau Bayar Sewa RM57,629

Keadaan Sebuah Lamborghini ‘Parking’ Atas Pembahagi Jalan Jadi Perbincangan Netizen

 

 

 

 

 

 

Anda Mungkin Suka